SUK: KSN Lantik Khusrin, MB Dakwa Belum Muktamad

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Mohammed Khusrin Munawi
Datuk Mohammed Khusrin Munawi

PETALING JAYA: Kontroversi pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru berkuat kuasa 1 Januari ini menyaksikan pertembungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang mempertikaikan keputusan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Isnin.

Pengumuman kenaikan pangkat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu amat tidak disenangi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa tidak tahu menahu mengenainya.

Sementara Mohammed Khusrin Munawi yang dihubungi mStar Online turut enggan memberikan sebarang komen atau penjelasan berkaitan kemelut berkenaan.

"Buat masa sekarang saya tidak boleh memberi sebarang komen," katanya.

Berdasarkan pengumuman Mohd. Sidek, Mohammed Khusrin, 54, akan mengambil alih tempat Datuk Ramli Mahmud, 56 yang tamat perkhidmatan berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Pengumuman tersebut dikatakan telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebelum ini Mohammed Khusrin pernah memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, akan menggantikan Mohammed Khusrin, juga mulai tarikh yang sama.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor pula pelantikan SUK Selangor itu sebenarnya belum muktamad.

Sebaliknya, Abdul Khalid dijangka menghadap baginda pada Rabu bagi mendapat perkenan tiga nama yang telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Manakala pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid.

Sehubungan itu, Abdul Khalid telah menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Malah kenyataan itu menjelaskan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan