SNB Umum Agihan Pendapatan Sebanyak 6.0 Sen Seunit Bagi Skim ASN

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.0 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata ini merupakan peningkatan 0.80 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 5.20 sen seunit tahun lalu.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran RM89.88 juta berbanding RM81.52 juta yang dibayar pada tahun kewangan 2009, katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) di sini hari ini.

Ahmad Sarji berkata prestasi ASN sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010, secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding dengan tahun lepas selaras dengan prestasi memberansangkan ekonomi negara dan pasaran saham di mana indeks FBM KLCI telah meningkat 18.8 peratus kepada 1,511.58 yang dicatatkan pada 24 Disember daripada 1,271.78 mata pada 31 Disember, 2009.

Dalam tempoh tahun kewangan yang sama, beliau berkata ASN telah memperolehi pendapatan kasar RM112.02 juta.

Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM63.07 juta atau 56.30 peratus diikuti oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan sebanyak RM39.18 juta atau 34.98 peratus.

Selebihnya, RM9.77 juta atau 8.72 peratus adalah daripada pelaburan lain, katanya. Menurutnya, pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember, 2010, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.

Katanya pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih (NAB) ASN pada 31 Disember, 2010.

"Pembayaran ini dijangka dimanfaatkan oleh 1.18 juta pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN," katanya.

Semua urus niaga ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 27 Disember sehingga 2 Januari tahun hadapan.

Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN masing-masing di pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Januari tahun hadapan.

ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan pada 20 April, 1981, untuk menjana pengagihan pendapatan dan peningkatan modal yang berpatutan melalui pelaburan di dalam portfolio yang dipelbagaikan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata prestasi pasaran saham tahun hadapan diramal lebih baik berbanding tahun ini.

"Pakar-pakar pasaran meramal prestasi pasaran saham bagi tahun hadapan lebih baik dari segi indeks. Indeks FBM KLCI dijangka mencapai lebih daripada 1,600 mata tahun depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan