Perjuang Hak Pekerja Secara Berdiplomasi

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendekatan diplomasi merupakan strategi tepat dalam memperjuangkan hak pekerja, kata calon Presiden Kongres Kesatuan-kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan.

Beliau yang kini Timbalan Presiden MTUC berkata, konfrantasi dan demonstrasi bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, walaupun tindakan itu dipersetujui tanpa dipengaruhi emosi keterlaluan namun biarlah ia menjadi langkah terakhir dalam sesuatu keadaan.

"Banyak bantahan dan usulan yang dilakukan sebelum ini tetapi adakah ia dilakukan dengan cara yang betul?

"Kalau kita minta, cadang dan usul dengan cara yang salah, siapa yang hendak terima atau dengar?" katanya kepada media pada Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan MTUC di sini, Selasa.

Sehubungan itu Mohd Khalid berkata, beliau lebih suka menggunakan cara kepimpinan dan penyelesaian lebih tenang tapi masih membentangkan usul secara tegas untuk kepentingan bersama.

"Sebagai rakyat, kita ada hak. Begitu juga sebagai pekerja, kita mempunyai hak untuk bersuara tetapi biarlah kena pada caranya," katanya lagi.

Menurut beliau, teras demokrasi seharusnya dipratikkan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana perjuangan perlu kebebasan untuk bersuara.

Jelasnya, jika terikut-ikut dengan parti politik pasti apa yang dibawa itu mempunyai agenda politik.

"Kita mahukan keikhlasan dalam setiap perkara. Kita tidak mahu usaha memperjuangkan nasib pekerja jatuh nombor dua.

"Jika kita masukkan tradisi seumpama itu maka wadah MTUC sebenar akan hilang," katanya mengulas mengenai kedudukan penyandang Presiden, Syed Shahir Syed Mohamud yang merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohd Khalid berkata, banyak agenda memperjuangkan hak pekerja oleh MTUC sejak dulu sehingga kini akan diteruskan.

Namun katanya, perkara pertama yang akan dilakukannya sekiranya menang jawatan presiden adalah bertemu dengan semua ahli.

"Saya mahu menyatukan mereka semua yang semakin berpecah-belah dan mengenal pasti keperluan mereka bagi merumuskan apa yang terbaik untuk kepentingan bersama," katanya.

Mohd Khalid yang merupakan wakil Kesatuan Sekerja Industri Balak mencabar calon Syed Shahir yang menyandang jawatan selama enam tahun.

Beliau menerima 18 pencalonan manakala Syed Shahir mendapat 14 pencalonan bagi merebut jawatan tertinggi kesatuan itu.

Persidangan Perwakilan Tiga-Tahunan MTUC dihadiri oleh seramai 552 perwakilan dan 121 pemerhati daripada 260 kesatuan gabungan pekerja dari seluruh negara.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan