Pemandu Kontena Hantar Surat Kepada PM Bela Nasib Diberhentikan Kerja

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib 49 pemandu lori kontena syarikat Multimodal Freight Sdn Bhd (MMF) di Pelabuhan Klang yang mendakwa diberhentikan kerja tanpa sebarang alasan kukuh oleh syarikat akan diadukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Datuk Zainal Rampak berkata beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri memohon campur tangan dalam kes itu selepas para pemandu terbabit menemuinya di pejabat TWU di sini pada Selasa.

Zainal berkata kesemua pemandu diberhentikan kerja selepas melancarkan satu protes di tempat kerja kerana mendakwa pihak Multimodal mengingkari perjanjian bersama antara pekerja dan Kesatuan.

Mereka mendakwa MMF, yang juga anak syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), gagal mematuhi perjanjian jumlah peratus bayaran insentif perjalanan kepada pemandu kontena iaitu 4 peratus sehala dan sebaliknya hanya membayar 2 peratus sehala selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan pekerja.

"Para pemandu ini hanya mengetahui bayaran itu tidak dibuat pada 2003 sebelum membuat bantahan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan kesemua 49 pemandu berkenaan.

Zainal berkata pelbagai cara telah dilakukan untuk menyelesaikan isu itu namun tidak berjaya sehingga memaksa para pekerja menyuarakan bantahan mereka secara aman di hadapan bangunan MMF pada 19 Julai lalu.

Katanya satu rundingan diadakan pada 22 Julai lepas antara tiga pihak iaitu MMF, pekerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor Kementerian Sumber Manusia untuk mencari jalan penyelesaian.

"Hasilnya, syarikat bersetuju untuk kembali membayar kadar empat peratus seperti yang dijanjikan sebelum ini dan isu tersebut dianggap selesai," katanya.

Bagaimanapun, semalam syarikat mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada kesemua 49 pekerja berkenaan berkuatkuasa serta-merta.

Di Pelabuhan Klang, terdapat 65 pemandu kontena, bagaimanapun bakinya tidak dibuang kerja kerana tidak menyertai bantahan aman disebabkan urusan kerja dan bercuti.

Zainal berharap Perdana Menteri akan campur tangan dalam hal itu memandangkan KTMB merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kesemua mereka yang diberhentikan akan diambil semula bekerja. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan