Pelantikan Pengerusi Umno Negeri Bukan Tanda Pilihan Raya Makin Hampir - Adnan

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelantikan tiga pengerusi baru mengetuai Umno negeri bukan petanda bahawa pilihan raya umum hampir tiba.

"Saya tidak melihat mengapa perlu kecoh mengenai pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno di negeri-negeri ini...ia hanya satu proses normal.

"Presiden parti pun pernah menyatakan perkara ini dalam Perhimpunan Agung Umno sebelum ini dan merujuk kepada negeri-negeri di mana pengerusinya bukan orang tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Standard Halal Pahang 2010 di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perubahan kepimpinan Umno di Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang berkuatkuasa 1 Jan tahun hadapan seperti yang diumumkan semalam.

Adnan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah anggota parti terus bekerja keras bagi membantu membela nasib rakyat dan bukannya semata-mata untuk memenangi pilihan raya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan