Md Isa Harap Jurang Dalam Umno Perlis Dapat Dirapatkan

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berharap jurang perbezaan pandangan dalam Umno dapat dirapatkan demi masa depan parti itu.

Beliau yang dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata walaupun terdapat pandangan negatif terhadap kepimpinannya namun ia bukan halangan untuk beliau memikul tanggungjawab besar kepada parti itu.

Bercakap kepada pada sidang media melalui telefon di pejabatnya hari ini, Md Isa yang kini berada di Sarawak berkata, keutamaan pada masa ini ialah memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat tempat di hati rakyat.

Ditanya mengenai pandangan negatif Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, beliau berkata Umno perlu bergerak dalam pasukan yang kuat.

"Saya yakin boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Shahidan dan berharap beliau (Shahidan) juga akan memberi kerjasama," kata Md Isa yang juga Ketua Umno bahagian Kangar.

Shahidan, Ketua Umno bahagian Arau, pula berkata beliau akan bertemu dengan Presiden Umno berhubung pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.

Sementara itu, para pemimpin sayap Umno Perlis turut menyokong pelantikan Md Isa itu dan menyifatkannya sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar selain menyokong pelantikan Shahidan sebagai timbalannya.

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusof berkata, demi kebaikan semua pihak, keputusan yang dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak itu perlu disokong dan diterima dengan hati terbuka.

Ketua Wanita Umno Negeri, Rela Ahmad pula berkata, pelantikan Md Isa dan Shahidan itu sebagai gandingan tepat.

Ketua Puteri Umno Perlis, Asmaiza Ahmad pula berharap gandingan Md Isa dan Shahidan akan membolehkan BN menang 100 peratus pada pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan