Masyarakat Felda Di Pahang Sambut Baik Pelantikan Mohd Isa

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Masyarakat peneroka di Pahang menyambut baik pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru berkuatkuasa pada 1 Jan ini.

Timbalan Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Maran, Sulaiman Bakar berkata pengalaman Mohd Isa yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan akan menjadikan Felda lebih maju dan berdaya saing.

"Mohd Isa bukan orang baru di dalam pentadbiran kerajaan, malah pengalamannya berguna bagi meningkatkan Felda dan kehidupan masyarakat peneroka," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin.

Beliau berharap pengganti Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor itu dapat membela nasib generasi kedua Felda dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan ekonomi selain penempatan bagi golongan tersebut.

"Segala perancangan pembangunan dirancangkan pengerusi yang lama juga perlu diteruskan demi kebaikan Felda dan warganya...jasa orang lama wajar dihargai," katanya.

Timbalan Pengerusi JKKR Wilayah Felda Mempaga, Bentong, Mansur Hashim pula berharap pelantikan itu mampu memacu Felda menjadi entiti yang lebih unggul.

Beliau yang mengenali Mohd Isa secara peribadi itu menyifatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan sebagai seorang yang banyak idea, peramah serta mudah diajak berunding.

"Pengerusi baru ini diharap kerap turun padang serta merancang lebih banyak projek untuk kesejahteraan warga Felda," katanya.

Sementara itu, seorang generasi kedua Felda Bukit Kuantan di sini, Ayu Norehan Salleh berkata pelantikan berkenaan adalah tepat berdasarkan pengalaman luas Mohd Isa dan berharap nasib golongan generasi kedua sepertinya akan lebih diberikan perhatian.

"Generasi kedua Felda memerlukan projek perumahan dan ekonomi supaya mereka tidak perlu berhijrah ke tempat lain bagi mencari rezeki," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan