JAIS Tangkap Pesalah Maksiat Jika Ada Aduan

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya akan bertindak menangkap pesalah maksiat jika terdapat aduan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Nawawi bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus memantau lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai lubuk maksiat para remaja terbabit.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan secara terperinci mengenainya bagi melancarkan aktiviti pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara berterusan.

“Jika lokasi strategik itu diketahui, pastinya mereka akan bertukar ke lokasi lain sedangkan tujuan pemantauan ini adalah untuk membanteras maksiat.

“JAIS juga tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya kerana semuanya berdasarkan aduan daripada orang ramai.

“Ini bagi memastikan penguatkuasaan itu adalah tepat dan tidak mengganggu orang lain dan persekitaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Mohammed Khusrin berkata, orang ramai termasuk ahli jawatankuasa penduduk atau kejiranan diminta memberikan kerjasama agar melaporkan kepada JAIS sekiranya mengenal pasti terdapat aktiviti salah laku di kawasan mereka.

Ini katanya, kerjasama tersebut dapat membantu mencegah aktiviti maksiat terutama di kalangan pelajar IPT yang semakin berleluasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat laporan dengan tepat supaya siasatan serta operasi penguatkuasaan boleh dilakukan lebih lancar.

“Kami tidak mengetuk pintu rumah orang sesuka hati tanpa mendapat aduan meskipun apartment itu sering menjadi lokasi mereka melakukan maksiat.

“Masalah akan timbul kerana antara kemungkinan pintu rumah yang diketuk adalah kediaman orang bukan Islam. Ini sudah mengganggu mereka," katanya.

Menurut Mohammed Khusrin, setiap perlu menyatakan butiran terperinci seperti alamat lokasi kejadian dan waktu serta nombor pendaftaran kenderaan jika ada.

Beberapa lokasi strategik menjadi sasaran penguatkuasa JAIS bagi menangani aktiviti perbuatan tidak bermoral bersama pasangan kekasih di kalangan penuntut IPT.

Hotel murah, rumah sewa serta apartment termasuk lokasi terpencil dan kawasan bukan Islam menjadi pilihan golongan itu bagi melakukan kegiatan berkenaan.

Sebanyak 216 kes secara keseluruhan melibatkan golongan pelajar di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 9/95 berdasarkan statistik Jais dari Januari hingga November tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan