Umno Umum Tiga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Baru

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno melakukan rombakan kecil dengan melantik tiga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri baru berkuat kuasa 1 Januari ini melibatkan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang bagi mengukuhkan parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata, Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said akan kembali menerajui Umno negeri menggantikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, manakala Ketua Umno Bahagian Marang yang juga Exco kerajaan negeri, Yahya Khatib Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

"Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan Umno negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Mahathir pula dilantik sebagai timbalan beliau.

"Bagi Pulau Pinang pula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan sebaliknya akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Bagaimanapun di Perlis, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Tiada perubahan berlaku di negeri-negeri lain termasuk di Selangor yang masih kekal di bawah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan Tengku Mansor di sini pada Isnin.

Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru) Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru) Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan : Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru) Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan