Perubahan Positif Usahawan Bumiputera Mampu Bayar Pinjaman MARA

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh IZRA ABD RAHMANKUALA LUMPUR: Peningkatan kadar kutipan sewa sebanyak 97 peratus daripada peniaga yang menyewa di bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) menunjukkan perubahan sikap usahawan dan peniaga bumiputera hari ini.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata peningkatan tersebut memberi petanda baik sekali gus dapat memulihkan imej MARA yang selama ini sering dikaitkan dengan peminjam yang gagal membayar balik hutang pinjaman.

"Kalau dulu separuh sahaja yang dapat bayar sewa premis, tapi hari ini kita dapat lihat hampir semua peniaga mempunyai rekod bayaran yang baik tanpa tunggakan sewa.

"Saya dapat katakan ini adalah prestasi yang baik. Baki kecil yang tak dapat bayar hutang saya anggap perkara biasa dengan keadaan atau masalah tertentu yang dihadapi peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas melancarkan Majlis Penjenamaan Semula Medan Selera Rakyat di Medan MARA, pada Isnin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah MARA Wilayah Persekutuan Roslan Abdul Ghani.

Menurut Idris, transformasi sikap yang ditunjukkan mereka yang menyewa di bangunan tersebut bukan sahaja memberi imej yang lebih baik kepada peniaga dan usahawan, tetapi juga kepada MARA.

Jelasnya, apabila mereka yang mendapatkan khidmat bantuan MARA tidak bermasalah membayar sewa atau pinjaman, ini menunjukkan usaha-usaha yang dijalankan oleh MARA untuk membantu usahawan memberi kesan memberangsangkan.

Katanya, MARA tidak sekadar memberi pinjaman kepada bakal-bakal usahawan yang dilihat berpotensi, tetapi juga bertanggungjawab memberi kursus dan program yang bertujuan untuk memperkasa usahawan.

"Kursus dan program adalah sebahagian daripada cara kita mendekati usahawan dan untuk bantu mereka supaya mereka mempunyai sasaran dan hala tuju jelas dalam mengusahakan perniagaan," katanya.

Kursus-kursus yang ditawarkan MARA termasuklah Kursus Pengendalian Makanan, 'Window Dressing' kepada semua lot kedai MARA, Kursus Pengurusan Pelanggan dan Etiket Kerja, Kursus Bijak Mengurus Kewangan, Kursus Potensi Diri, 'Team Building' dan sebagainya.

Dalam pada itu, Idris turut menggesa lapan pengusaha yang terlibat dengan perniagaan makanan di Medan Selera Rakyat supaya sentiasa memberikan perkhidmatan lebih selesa, bersih dan santai kepada pelanggan.

"Kita nak juga lihat Medan Selera Rakyat ini menjadi kawasan tumpuan walau dari segi luarannya, bangunan lama, namun yang pentingnya suasana di dalamnya jauh lebih hebat daripada apa yang digambarkan daripada luarannya," katanya.

Medan Selera Rakyat yang telah diubah suai buat kali kedua dengan peruntukan sebanyak RM190,000 dibuat bagi memberi dimensi baru dengan proses menaik taraf imej dan prasarana sedia ada.

Bermula dengan dua lot perniagaan, usaha menaik taraf telah dilakukan pada 1998 menjadi lapan lot kedai bagi menampung permintaan orang ramai.

Setiap lot kedai mempunyai keluasan 185.976 meter persegi.

Premis makanan yang terdapat di sini termasuklah premis makanan kampung, makanan Barat, Satay Haji Samuri yang dimasak oleh pengusaha yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan masing-masing.

Mengetengahkan konsep 'Green Peace' kepada pelanggan, Medan Selera Rakyat dibuka setiap hari termasuklah pada cuti hujung minggu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan