Makkal Sakti Kecewa Tidak Dapat Serahkan Memorandum Kepada MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Berlaku sedikit kekecohan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini, Isnin apabila empat anggota Pemuda Parti Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) gagal menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah larangan penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari apabila kumpulan itu bertikam lidah dengan pegawai media di pejabat Menteri Besar Selangor, Tuan Nazuri Tuan Ismail yang menerima memorandum itu bagi pihak Menteri Besar.

Setiausaha Agung MMSP S.Sutager memberitahu pemberita pergerakan Pemuda parti amat kecewa kerana mereka tidak dapat menyerahkan memorandum itu kepada Abdul Khalid atau Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Ronnie Liu.

"Abdul Khalid atau Ronnie sendiri sepatutnya menerima memorandum ini daripada kami jika mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan di negara ini," katanya.

Beliau berkata rakyat secara sukarela telah menerima slogan 1Malaysia sebagai hak mereka dan bukannya milik mana-mana parti politik.

"Sepertimana ditegaskan oleh perdana menteri, konsep 1Malaysia ialah untuk pembinaan negara bangsa dan bukan untuk tujuan politik," katanya.

Memorandum tiga muka surat itu antara lain menggesa kerajaan pakatan pembangkang Selangor menarik balik larangan itu yang kini dilaporkan larangan itu dibekukan sementara menunggu kajian mengenainya dibuat.

Kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan dalam iklan perniagaan.

Liu berkata logo dan slogan 1Malaysia merupakan mesej politik daripada kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan tidak dibenarkan oleh undang-undang kecil kerajaan tempatan.

Presiden MMSP R.S.Thanenthiran berkata kerajaan negeri Selangor tidak sepatutnya bermain politik dalam soal perpaduan rakyat dengan melarang penggunaan simbol 1Malaysia di papan iklan dan iklan di seluruh negeri kerana ia bercanggah dengan semangat demokrasi dan kebebasan.

"Perdana Menteri ialah untuk semua orang dan sebarang ideologi atau konsep diperkenalkan oleh beliau sepatutnya diterima dengan baik tanpa sebarang prejudis. Saya berpendapat (pemimpin) kerajaan negeri Selangor patut mengikuti kursus khas untuk mempelajari mengenai konsep 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Tuan Nazuri berkata kerajaan negeri Selangor akan membincangkan larangan penggunaan logo 1Malaysia pada mesyuarat Exco Rabu ini.

Terdahulu, kira-kira 50 anggota MMSP dan orang awam berhimpun di luar bangunan SUK pada kira-kira 11.15 pagi dan melaungkan slogan mengkritik Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu daripada parti dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor.

Bagaimanapun keadaan adalah terkawal dengan dipantau anggota polis. Kumpulan itu bersurai pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan