Larangan Guna Logo 1Malaysia Di Selangor 'Ditarik Semula'

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah “menarik balik” terhadap keputusan untuk melarang menggunakan logo 1Malaysia setelah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, “pembekuan” itu telah menyebabkan pihak berkuasa tempatan diminta untuk menangguhkan tindakan itu buat sementara waktu.

Beliau berkata, keputusan terhadap larangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) akan datang.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melarang penggunaan logo 1Malaysia apabila ia dikatakan mempunyai unsur politik namun mendapat bantahan banyak pihak.

Difahamkan, mesyuarat EXCO akan datang hanya akan diadakan pada minggu pertama Januari tahun depan berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dalam lawatannya ke Taiwan.

“Sementara itu, semua perkara berkaitan larangan menggunakan logo berkenaan akan ditangguhkan,” kata Ronnie.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa semua permohonan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada papan tanda tidak dibenarkan buat sementara waktu.

“Buat masa ini, kami turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak membuang mana-mana papan tanda yang mengandungi logo 1Malaysia,” katanya.

Menurut Ronnie, dia tidak mempunyai kuasa secara mutlak untuk memutuskan mengenai perkara itu di mana ia hanya dibuat dalam mesyuarat EXCO.

“Kami akan mengemukakan satu peraturan lebih jelas mengenai perkara tersebut,” katanya yang mengulangi bahawa logo 1Malaysia merupakan simbol politik kepada Barisan Nasional.

Minggu lepas, Ronnie berkata, logo 1Malaysia telah melanggar undang-undang tempatan yang tidak membenarkan sebarang papan tanda politik pada papan iklan.

Pengumuman Ronnie pada Ahad terhadap pembekuan larangan penggunaan logo berkenaan tidak dipengaruhi oleh kenyataan Setiausaha Politik, Khalid Faekah Husin.

Faekah mempertahankan bahawa larangan itu merupakan tindakan yang betul tanpa melihat apa-apa sebab untuk diperdebatkan kerana ia sudah diperbincangkan dalam mesyuarat EXCO.

Malah katanya, perdebatan mengenai logo 1Malaysia tidak pernah pun diperbincangkan di Parlimen sebelum ia dilancarkan.

“Kenapa kami harus menangguhkan perbincangan mengenai larangan logo tersebut sedangkan ia bermula tanpa mendapat perhatian semua parti?” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan