Bukti Anwar Kaitkan APCO Dengan Konsep 1Malaysia Masih Ditunggu : Nazri Aziz

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz masih menunggu 'pembongkaran' bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia, yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Nazri berkata beliau telah lama meminta Anwar mengemukakan bukti berhubung dakwaan yang dibuat di Dewan Rakyat itu, namun sehingga kini, ketua pembangkang berkenaan gagal berbuat demikian.

"Saya telah minta Anwar tunjukkan bukti apa yang saya kata itu salah dan apa yang beliau kata itu benar, (namun) sehingga hari ini, beliau tidak kemukakan apa-apa bukti, hanya yang kita dengar adalah penipuan dan pembohongan diteruskan oleh penyokongnya.

"Rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar sememangnya membuat satu pembohongan dan penipuan, bukan sekali, tetapi berkali-kali di dalam Dewan (Rakyat)," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru di Kampung Baru Sauk di sini, Sabtu.

Beliau berkata surat APCO merupakan bukti prima facie yang kukuh bagi menyokong usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

"Tunjukkan bukti, ini kata APCO kena belilah, kalau betul, tunjuk bukti. Saya telah tunjukkan bukti, jadi Anwar tunggu apa lagi, nak tipu apa lagi, memang dah melakukan angkara jahat," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa surat APCO itu mahu 'membunuh' karier politik Anwar, Mohamed Nazri berkata sebenarnya, perkara itu dilakukan sendiri oleh ketua pembangkang berkenaan.

"Anwar tidak boleh tuduh saya mahu membunuh karier politiknya kerana beliau telah diberi kesempatan dan ruang untuk membuat penjelasan pada 22 Mac...saya sudah memberitahu beliau seminggu sebelum itu, tetapi pada 22 Mac, bukan beliau nak tarik balik, sebaliknya, beliau serang kita balik.

"Sebab itu, saya bawa usul untuk rujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu tersebut," katanya.

Rabu lepas, APCO Worldwide berkata satu afidavit yang baru dikeluarkan membuktikan apa yang dinyatakannya sebelum ini, bahawa ia tidak terlibat dengan program 'One Israel', adalah benar.

Sebelum ini, Mohamed Nazri berkata afidavit itu, yang dibuat oleh perunding politik yang terlibat dengan "One Israel", telah menyatakan bahawa dakwaan Anwar terhadap APCO adalah palsu.

Selain itu, beliau berkata syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa pertama kali ia mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia ialah pada awal 2009, iaitu beberapa bulan selepas diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kandungan surat yang dihantar oleh APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menjadi asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Mohamed Nazri juga berkata dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan dakwaan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma tersebut.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan