Tiga Maut, Dua Hilang Selepas Bot Terbalik Berhampiran Jeti Tanjung Leman

Diterbitkan: Ahad, 26 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MERSING: Tiga maut manakala dua masih hilang apabila sebuah bot kayu yang membawa 29 pelancong terbalik dalam kejadian kira-kira 300 meter dari Jeti Tanjung Leman, di perairan Mersing, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rashid berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika bot yang membawa sembilan rakyat tempatan, 19 rakyat Singapura dan seorang rakyat China itu dalam perjalanan dari sebuah kelong di Pulau Sibu menuju ke jeti berkenaan.

"Mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita, Low Li Jun, 33, serta dua lelaki, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, yang kesemuanya warga Singapura," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Mohd Nor berkata dua lagi yang masih hilang adalah Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41, juga warga Singapura.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bot berkenaan terbalik akibat dipukul ombak kuat yang menyebabkan semua mangsa terjatuh ke dalam laut.

Katanya, pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai perkara itu terus ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Menurutnya, kesemua mangsa lain yang terselamat dibawa ke Balai Polis Sungai Ambat, Mersing untuk direkodkan keterangan manakala tiga mayat berkenaan dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

"Siasatan mempercayai bot kayu berukuran 40 meter panjang dan 10 meter lebar terbabit membawa lebih muatan daripada yang dibenarkan iaitu hanya 12 penumpang pada satu masa. Kesemua penumpang juga tidak memakai jaket keselamatan," katanya.

Mohd Nor berkata kumpulan pelancong itu dikatakan pergi ke kelong terbabit pada pagi semalam untuk bercuti dan pulang ke jeti Tanjung Leman, Ahad.

Katanya, polis kini menahan seorang tekong bot berusia 67 tahun dan pengusaha kelong berumur 58 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian.

"Usaha mencari dua lagi mangsa sedang dijalankan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis marin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan