Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 Disambut Meriah

Diterbitkan: Ahad, 26 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2010 di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini, malam ini disambut meriah dengan dihadiri lebih 10,000 orang pengunjung.

Orang ramai berbilang kaum dan agama serta pelancong asing mula mengunjungi Perkampungan Portugis yang tertua di Malaysia itu sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada majlis yang bertemakan "Jalinan Kemesraan Pemimpin dan Masyarakat".

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob hadir merasmikan majlis itu yang turut dihadiri isterinya Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mohd Khalil yang tiba pukul 8.30 malam kemudiaannya diiringi oleh Mohd Ali dan Dr Rais serta tetamu kehormat lain, mengadakan lawatan Krismas ke beberapa buah rumah penduduk di perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka.

Suasana perkampungan yang terletak di pinggir Selat Melaka begitu meriah "bermandikan cahaya" menambahkan keindahan beberapa hiasan cantik untuk menghidupkan sambutan itu seperti pokok krismas, Santa Claus dan Santarina, kotak hadiah, snow man, dan banyak lagi.

Perkampungan seluas 11.2 hektar yang diasaskan pada 1930 dan kini diketuai Peter Thomas Gomes, mempunyai kira-kira 1,200 penduduk berbangsa Portugis yang mendiami 118 buah rumah, dan ini merupakan kali kedua perkampungan itu dipilih sebagai tuan rumah sambutan berkenaan selepas kali pertama pada 2008.

Dr Rais dalam ucapannya pada majlis itu berkata penganjuran majlis rumah terbuka dapat memperkukuh perpaduan rakyat berbilang bangsa dengan semangat Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sentiasa bersama dan mendekati rakyat setiap masa menerusi pelbagai program termasuk melalui pendekatan mesra budaya.

Dr Rais seterusnya mengumumkan peruntukan kerajaan persekutuan RM480,000 kepada Perkampungan Portugis itu bagi membaiki rumah ibadat di kawasan berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan keseniaan termasuk nyanyian oleh artis tempatan.

Acara kemuncak ialah tarian Joget 1Malaysia yang disertai oleh pengunjung yang hadir yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai peserta untuk satu-satu persembahan joget.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan