Operasi KKIA Tergendala Sebentar Akibat Kebakaran Di ATC

Diterbitkan: Ahad, 26 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Operasi pelepasan dan pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini tergendala sebentar pagi tadi akibat kebakaran di bilik bateri sistem komunikasi dan radar di Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC).

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah Khirudin Drahman berkata kejadian pada 7.30 pagi itu menyebabkan pelepasan dan pendaratan beberapa penerbangan domestik serta antarabangsa terpaksa ditangguhkan kira-kira sejam setengah.

Bagaimanapun, urusan pendaftaran masuk penumpang di Terminal 1 dan Terminal 2 lapangan terbang itu berjalan seperti biasa.

"Kebakaran itu menyebabkan petugas di ATC tidak mampu menyalurkan maklumat pelepasan dan pendaratan pesawat kepada petugas di Menara Kawalan KKIA," katanya.

Beliau berkata bomba menerima maklumat pada 7.40 pagi dan lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian enam minit kemudian.

"Ketika anggota bomba tiba, hampir keseluruhan bilik berkenaan sudah dijilat api. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.15 pagi," katanya sambil menambah punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) ketika dihubungi berkata, kenyataan penuh akan dikeluarkan ibu pejabatnya di Putrajaya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan