Perutusan Krismas Dan Tahun Baru Pemimpin Di Sarawak Dan Sabah - Berita Semasa | mStar

Perutusan Krismas Dan Tahun Baru Pemimpin Di Sarawak Dan Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemimpin-pemimpin di Sarawak dan Sabah, Jumaat, mengucapkan selamat menyambut Krismas dan Tahun Baru khusus kepada penduduk di kedua-dua negeri itu dengan harapan agar pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik masing-masing dapat dipertingkatkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Dalam perutusannya, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berharap mulai tahun depan, tumpuan diberi kepada usaha inovatif dan kreatif khususnya dalam penghasilan produk atau perkhidmatan.

"Jika kita terus bersaing dengan cara lama, kita akan ketinggalan," katanya.

Sempena sambutan Krismas esok, beliau menggesa penduduk Sarawak yang berbilang kaum dan agama meneruskan amalan mengunjungi rumah sahabat handai dan rakan taulan untuk menyemarakkan semangat muhibah.

Dalam perutusannya pula, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata 2011 akan menjadi satu tahun yang gemilang kepada Sarawak.

Katanya 2011 merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan membawa Sarawak ke era pembangunan yang penuh cabaran kerana ia melibatkan transformasi daripada sebuah ekonomi berpendapatan sederhana kepada yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Taib berkata Sarawak, yang kaya dengan sumber tenaga, akan menjadi negeri lebih progresif menjelang 2030 berdasarkan kemasukan pelaburan bernilai berbilion ringgit.

"Semua ini mampu dicapai berasaskan kestabilan politik dan kecekapan kerajaan serta perpaduan rakyat," kata beliau sambil meminta penduduk negeri itu supaya tidak menggugat iklim pelaburan Sarawak yang sentiasa menarik kepada pelabur.

Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru penduduk di negeri itu supaya mengamalkan prinsip 1Malaysia bagi terus menikmati kejayaan dan perpaduan.

"Sejak diperkenalkan lebih setahun yang lalu, gagasan 1Malaysia terbukti menjadi satu bahagian penting tentang bagaimana kita bergaul dan saling menghormati dalam masyarakat," katanya.

Musa berkata Malaysia merupakan negara contoh terbaik bagaimana rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup bersama dan menjadikan kepelbagaian ini sebagai satu kekuatan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan