Penduduk Pedalaman Di Limbang Belanja RM700 Untuk Ke Hospital

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMBANG: Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.

Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.

"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya, Sabtu.

Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas.

Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan