Krismas Disambut Sederhana Tetapi Meriah Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganut agama Kristian seluruh negara, hari ini menyambut perayaan Krismas dalam keadaan sederhana namun meriah.

Seperti kebiasaan, setiap kali musim perayaan, kompleks membeli-belah dan pusat-pusat riadah akan menjadi tumuan orang ramai membawa keluarga masing-masing untuk meluangkan masa sempena cuti umum hari ini.

Bagi penganut Kristian, mereka akan berkunjung ke gereja bagi upacara keagamaan pada sebelah pagi sebelum mengadakan rumah terbuka dan menerima kunjungan saudara mara dan sahabat handai sempena perayaan tersebut. Gereja utama St. Johns Cathedral di Bukit Nanas, di sini menjadi tumpuan penganut agama Kristian hari ini sempena perayaan Krismas.

Tinjauan Bernama mendapati penganut Kristian mula membanjiri gereja tersebut seawal 7 pagi di mana kebanyakannya merupakan warganegara asing dan pelancong yang datang bersama keluarga dan sahabat handai.

Di SELANGOR, sambutan Krismas disambut secara sederhana dalam keadaan cuaca yang mendung, dengan kebanyakan penganut agama Kristian membanjiri gereja sekitar Klang untuk bersembahyang sejak pukul 9 pagi ini.

Seperti di tempat-tempat lain, perayaan itu turut dirasai oleh masyarakat berbilang kaum yang mengunjungi rumah terbuka diadakan oleh rakan-rakan mereka yang beragama Kristian menjelang tengah hari.

Pusat pelancongan terkenal di negeri ini, I-City juga meriah malam tadi berikutan masyarakat di sekitar Lembah Klang yang terdiri dari pelbagai agama tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berkongsi merasai kemeriahan perayaan itu.

Di PULAU PINANG, keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas membolehkan penganut Kristian di negeri ini menyambut Krismas dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Gereja tertua di sini, Gereja St George, Anglican, di Jalan Farquhar menjadi tumpuan penganut agama Kristian untuk beribadat sejak petang semalam sehingga pagi ini.

Di MELAKA, suasana di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir di sini, meriah sejak malam tadi dengan hiasan Krismas di rumah penduduk dan persekitaran kampung yang terletak di pinggir Selat Melaka.

Cuaca cerah merancakkan lagi amalan kunjung mengunjung ke rumah saudara dan rakan.

Di PERLIS pula, hari krismas disambut secara sederhana kerana tidak banyak penganut Kristian di negeri ini.

Beberapa gereja di sekitar Kangar dipenuhi penganut agama itu dan cuaca cerah membolehkan perayaan itu disambut dengan sempurna.

Di NEGERI SEMBILAN, sambutan Krismas juga berjalan secara sederhana di mana penganut agama itu tertumpu di gereja-gereja utama untuk upacara keagamaan.

Di Gereja Visitation, upacara ibadat mencuci dosa "Mass" dikendalikan dalam bahasa Melayu mulai pukul 11 pagi tadi dan kira-kira 100 penganut agama Kristian dari pelbagai bangsa menghadiri upacara itu.

Di SABAH, sambutan Krismas disambut secara besar-besaran dan penuh meriah walaupun ramai yang pulang ke kampung.

Antara pemimpin yang mengadakan rumah terbuka ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dekat sini.

Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Mohd Noor yang mewakili ketua menteri, beberapa menteri Kabinet negeri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri merupakan antara 2,000 pengunjung, termasuk pelancong asing, yang mengunjungi rumah terbuka itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok turut mengadakan rumah terbuka di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan