APMM Selamatkan Nelayan Tersadai

Diterbitkan: Sabtu, 25 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan seorang nelayan yang tersadai kira-kira 3 batu nautika dari Pulau Pamaguan di sini malam tadi selepas enjin botnya rosak.

Ketua Penguat kuasa APMM Daerah Maritim Sandakan, Kapten Mohamad Onn Khalil berkata, Saraban Abdul, 36, dari Pulau Libaran, diselamatkan pada 11 malam.

Beliau berkata, makcik mangsa membuat laporan pada 7.51 malam apabila Saraban tidak pulang ke rumah mereka selepas keluar menangkap ketam berhampiran Pulau Pamaguan pukul 4 petang.

"Setelah menerima laporan itu, anggota APMM, dengan menggunakan sebuah bot, melakukan operasi mencari dan menyelamat lalu menemui nelayan itu selepas tiga jam operasi dimulakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Onn berkata ketika ditemui, Saraban dalam keadaan lemah dan dibawa ke jeti APMM sebelum pulang bersama keluarganya.

Beliau menasihati nelayan yang ingin keluar ke laut supaya memastikan enjin bot mereka dalam keadaan baik, selain tidak berbuat demikian jika cuaca buruk. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan