Sime Darby Saman Bekas CEO Dan Dua Pegawai Kanan RM92 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ni memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggunggjawab berhubung projek Bakun.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Dagang Baru pagi ini menerusi firma guaman Tetuan Zaid & Co. Ini merupakan saman kedua difailkan oleh Sime Darby terhadap mereka.

Plaintif dalam saman itu adalah Sime Darby Berhad, Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Holdings Berhad dan Sime Darby Energy Sdn Bhd manakala defendan adalah Ahmad Zubir, bekas Naib Presiden Eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti Datuk Mohamad Shukri Baharom dan bekas Ketua Pegawai Kewangan Bahagian Tenaga dan Utiliti Abdul Rahim Ismail. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan