Polis Bersedia Kawal Keselamatan Final Piala AFF Suzuki

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah membuat persiapan sepenuhnya untuk memastikan keselamatan terkawal pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada Ahad ini.

"Kita telah bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama pada Jumaat.

Namun, katanya, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," kata Mohan Singh.

Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 70,000 tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia dan 15,000 tiket lagi berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia.

Mohan Singh mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan