M'sia, Singapura Sambung Perbincangan Isu Dua Hala

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pegawai kanan dari Malaysia dan Singapura menamatkan mesyuarat dua hari Pasukan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura (MSJIT) di sini semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman mengetuai delegasi Malaysia manakala Singapura diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Bilahari Kausikan.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra hari ini mesyuarat itu meneruskan perbincangan dan memuktamadkan isu-isu berhubung pelaksanaan Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA) dan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong semasa pertemuan pemimpin pada 24 Mei dan 20 Sept tahun ini.

Semasa pertemuan pemimpin itu, Malaysia antara lain bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai tahun depan.

Malaysia juga akan memindahkan kemudahan Kompleks Kastam, Imigresen dan Quarantin ke WTCP.

Satu sistem aliran ringan antara Tanjung Puteri di Johor Baharu dan Singapura, bertujuan meningkatkan perhubungan di antara kedua-dua negara akan dibangunakan bersama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan