Hormat-Menghormati Dan saling Menerima Jadi Penyelamat Keharmonian - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perasaan hormat-menghormati dan sifat saling menerima antara satu sama lain yang dimiliki masyarakat Malaysia adalah kunci bagi mengembalikan keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sifat-sifat itulah yang menjadi penyelamat terhadap insiden sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian awal tahun ini.

"Sungguhpun pada awal tahun ini negara kita telah digegarkan dengan tindakan melampau oleh sebilangan kecil puak yang menentang komuniti Kristian, namun kita telah berjaya mengembalikan perasaan aman dan harmoni.

"Inilah semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya dalam perutusan perayaan Krismas dalam blog beliau www.1malaysia.com.my di sini, Jumaat.

Najib berkata setiap perayaan kebudayaan mahupun keagamaan yang disambut di Malaysia menjadi satu peringatan yang sangat menggembirakan tentang kekayaan dan kekuatan dalam kepelbagaian yang dimiliki oleh rakyat negara ini.

"Meskipun hanya 9.1 peratus sahaja rakyat Malaysia menganut agama Kristian dan seterusnya merayakan Krismas, namun aspek komersial dan kebudayaan musim perayaan ini, terutamanya perbuatan memberi hadiah telah diterima oleh lebih ramai golongan," katanya.

Perdana Menteri berkata menjadi harapan beliau agar masyarakat meneruskan amalan saling menyemai perasaan muhibah dan harmoni bukan hanya setakat pada musim percutian ini sahaja, malah ke tahun seterusnya.

"Kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini, saya ucapkan Selamat Hari Krismas dan berharap kemakmuran Malaysia dan perpaduan nasional terungkap dalam doa anda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan