Ghani Othman Yakin BN Dapat Kepercayaan Pengundi Tenang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat kepercayaan rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari depan berdasarkan rekod perkhidmatan BN yang baik di DUN itu selama ini.

"Jentera parti bersama-sama wakil rakyat BN Johor sama ada di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Parlimen akan berusaha meraih sokongan padu rakyat di DUN Tenang," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya tersebut.

Beliau berkata jentera BN telah disusun dan gerak kerjanya telah diatur bagi menghadapi pilihan raya itu.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darahnya serta kencing manis.

Hari penamaan calon ialah pada 22 Januari.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memenangi kerusi tersebut buat penggal kedua selepas menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Dalam pilihan raya umum sebelum itu, beliau mengalahkan Mohd Saim dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang juga Anggota Parlimen Labis dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan raya mewakili parti MCA. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan