DUN Tenang Kubu BN - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 24 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor lebih arif untuk menentukan calon yang harus dipilih mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu Januari depan.

"Yang penting tidak kira apa pembangkang kata, orang Johor kawasan itu lebih maklum dan arif... sejak sekian lama, berdasarkan rekod sejak dulu, Tenang memang dimenangi oleh BN.

"Kita harap pengundi yang ada di Tenang akan terus sokong BN," katanya pada sidang media selepas pelancaran program "Mendidik Demi Malaysia" di sini pada Khamis.

Beliau berkata berdasarkan rekod, DUN Tenang tidak pernah dibolosi oleh pembangkang.

Bagaimanapun, BN tetap menganggap setiap pilihan raya kecil sebagai cabaran dan tidak pernah memandang remeh cabaran daripada mana-mana pihak, katanya.

"Kita tidak pernah pandang remeh cabaran mana-mana pihak termasuk pembangkang... tetapi kita ada strategi seperti mana biasa, dan kita akan gerakkan segala jentera kempen yang ada," katanya.

Daripada segi persediaan, Muhyiddin berkata BN sudah memulakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil itu yang akan diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun bersetuju bahawa Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan BN mengepalai kempen sebagai Pengarah Pilihan Raya," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi DUN Tenang, Johor pada 22 Jan depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Jan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan