Tiada Lagi Miskin Tegar Di Bandar

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.

"Di bawah elemen kesejahteraan bandar, kita fokus kepada golongan miskin iaitu bantuan latihan kemahiran perniagaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Sedunia Pertama Pengurusan Aset Infrastruktur di sini, Khamis.

Februari lepas, beliau mengumumkan sasaran kementerian untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membekalkan ketua rumah dengan ilmu kemahiran dan keusahawanan bagi membolehkan mereka mencari pekerjaan selain memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Raja Nong Chik berkata, usaha mengatasi sepenuhnya masalah miskin dan mudah miskin di bandar mengambil masa terutama dengan bilangan penduduk yang dinamik.

"Bilangan bertukar-tukar. Miskin tegar kita bantu, dia dah keluar dari kepompong kemiskinan tapi kadangkala mungkin apa yang kita bantu itu tak mencukupi dan jadi miskin balik. Nak kata boleh capai 100 peratus mungkin susah," katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata program dialog dengan pemilik dan pewaris di kawasan itu akan diteruskan bagi mendapatkan maklumat balas menganai konsep pembangunan yang mereka kehendaki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan