Seri Paduka Baginda Ziarah Jenazah Tun Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menziarahi jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tun Ibrahim Ismail yang meninggal dunia pada Khamis kerana sakit tua.

Seri Paduka Baginda tiba di rumah Allahyarham di Villa Sang Suria, Jalan Mesra off Jalan Damai Kelab Aman di sini kira-kira 12 tengah hari.

Baginda turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Yang turut menziarahi Allahyarham ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beberapa orang mantan Panglima Angkatan Tentera turut melawat jenazah Allahyarham antaranya Jen (B) Tan Sri Borhan Ahmad, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar dan Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Asar. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan