Ramai Usahawan Melayu Terengganu Tidak Mempunyai Sijil Halal

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Ramai usahawan Melayu di Terengganu masih belum mempunyai sijil halal, sehingga menyukarkan mereka memasarkan barangan makanan keluaran masing-masing, termasuk di dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata ini berbeza dengan usahawan bukan Islam yang lebih cakna mengenai logo halal.

"Adalah malang bagi pengusaha kita kerana tidak cakna tentang logo halal, yang berbeza dengan orang bukan Islam yang proaktif dan tahu kehendak pasaran sekarang."

"Kita harap melalui pendedahan ini, usahawan kita akan lebih peka dengan sensitiviti pasaran terutama di kalangan orang Islam yang perlu ada logo halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Standard Halal Terengganu 2010 di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pasaran makanan halal di seluruh dunia berjumlah lebih RM7 trilion dengan jumlah penganut Islam lebih 1.6 bilion di seluruh pelusuk dunia.

"Mereka ada di merata tempat, di Eropah, Timur Tengah, Timur Jauh dan inilah pasaran yang boleh kita kongsi dengan syarat kita mempunyai pengetahuan mengenai kaedah standard halal ini," katanya.

Sementara itu, Mohamed Awang berkata Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah membina sebuah bangunan untuk menempatkan pelbagai kilang pengeluaran makanan halal di Cendering di sini dengan peruntukan antara RM5 dan RM6 juta.

Katanya, bangunan itu boleh menempatkan antara lapan dan 12 unit kilang untuk memproses pengeluaran makanan halal seperti keropok, air nira nipah, nira kelapa dan sebagainya yang diseliakan oleh PMINT. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan