Pengguna DUKE Dapat Diskaun 10 Peratus Sempena Krismas

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemegang hak konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua kelas kenderaan sempena perayaan Krismas ini.

Pengurus Besar DUKE Ong Chee Keong berkata pengguna lebuh raya itu dapat menikmati diskaun berkenaan pada 25 Dis bermula dari 12.01 malam hingga 11.59 malam pada hari yang sama, di tiga plaza tol DUKE iaitu Plaza Tol Ayer Panas, Batu dan Sentul Pasar.

"DUKE percaya usaha murni ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan menggunakan lebuh raya tol sebagai medium perhubungan antara bandar yang efektif, selesa dan menjimatkan masa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Harga baru tol selepas diskaun ialah RM1.80 bagi kenderaan kelas satu, RM2.70 bagi kelas dua, RM3.60 bagi kelas tiga, 90 sen bagi kelas empat dan 60 sen bagi kelas lima.

Semalam Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata sejumlah 22 syarikat konsesi lebuh raya akan memberi diskaun kadar tol dalam bentuk tunai dan rebat dari 5 hingga 37 peratus bagi tempoh 22-31 Dis ini sempena sambutan Krismas dan tahun baru. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan