PDRM Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini berikutan insiden terbaru kemalangan bas yang mengorbankan 27 nyawa di kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Isnin lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, jawatankuasa dalaman peringkat PDRM itu akan mengkaji pelbagai masalah secara komprehensif untuk mengenal pasti punca-punca kemalangan serta kelemahan-kelemahan yang ada.

"Kita berbincang dan kaji kenapa masih banyak kemalangan terutama kemalangan maut berlaku. Ini juga akan mengenal pasti apakah tindakan serta langkah-langkah yang diambil sebelum ini berkesan atau tidak.

"Kajian menyeluruh itu mencakupi sosial, budaya pemanduan, keadaan jalan dan banyak faktor lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Balai League Table di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan siasatan insiden kemalangan itu yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua warga tempatan termasuk pemandu bas, Omar Shahidan, 48 dan pemandu pelancong, Sootorn a/l Kian, 38.

Ditanya tentang laporan siasatan kemalangan tersebut, Ismail berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada agensi-agensi lain seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Puspakom Sdn Bhd, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kita masih menunggu lagi beberapa laporan agensi terbabit dalam keselamatan jalan raya untuk melihat sudut pandangan mereka," katanya.

Dalam kejadian Isnin lepas, bas persiaran tersebut yang dinaiki 37 orang termasuk 35 pelancong Thailand dalam perjalanan membawa pelancong tersebut dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Mayat 25 warga Thailand itu dihantar pulang ke Bangkok semalam menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan