Matta Minta The Sun Mohon Maaf Kerana Siar Kenyataan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) meminta akhbar The Sun memohon maaf kerana menyiarkan kenyataan palsu mengenai persatuan itu dalam artikelnya bertarikh 13 Disember.

Setiausaha agung kehormat Matta, Joseph Francis Xavier berkata artikel itu bertajuk "Matta under scrunity" telah memburukkan reputasi persatuan pelancongan tersebut.

"Peguam kita telah mengeluarkan sepucuk surat meminta, inter-alia, dokumen untuk menyokong kandungan artikel itu dan minta maaf yang sewajarnya, kepada The Sun hari ini.

"Jika masih tidak ada jawapan kepada surat kita, peguam kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya pada persidangan akhbar di Wisma Matta, di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan tempoh tertentu untuk syarikat akhbar itu menjawab surat berkenaan.

Beliau telah menafikan dakwaaan dalam artikel itu bahawa presiden kini Datuk Ngiam Foo, telah melepaskan jawatan tersebut kepada naib presiden Datuk Khalid Harun.

Katanya, Ngiam diberikan kuasa oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Ogos tahun lepas untuk presiden sementara Matta dengan menambah bahawa anggota persatuan tersebut telah memanggil satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk mengadakan satu pemilihan.

Pemilihan itu diadakan pada 7 Januari yang menyaksikan Khalid dipilih sebagai presiden baru sementara naib presiden Outbound, John Tan Chai Keong dipilih sebagai timbalan presiden, kata beliau.

Berdasarkan laporan The Sun bertarikh 13 Disember, mereka mendakwa bahawa Matta berkemungkinan akan dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan kemelut kuasa dan mendakwa ada salah laku dalam operasinya.

Artikel itu juga melaporkan bahawa Ngiam telah melepaskan jawatan presiden kepada Khalid. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan