Malaysia Sedia Kerjasama Dengan Brunei Bina Jambatan Di Pandaruan

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMBANG: Malaysia bersedia bekerjasama dengan Brunei untuk membina sebuah jembatan merentangi Sungai Pandaruan yang memisahkan Bahagian Limbang di Malaysia dan Temburung di Brunei.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan lanjut akan dibuat dengan pihak Brunei untuk mengatasi masalah perhubungan di kedua-dua kawasan terbabit yang masih bergantung dengan perkhidmatan feri.

Kita (Malaysia) tidak ada masalah untuk membina jambatan di Sungai Pandaruan, namun ia perlu dibincangkan dengan pihak Brunei untuk kebaikan rakyat di kedua-dua wilayah itu, katanya ketika berucap pada majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Dewan Suarah Limbang di sini malam Rabu.

Beliau berkata pembinaan jambatan di Sungai Pandaruan selebar 20 meter yang turut menjadi sempadan dua kawasan itu, pastinya akan memudahkan lagi perhubungan keluar masuk pengguna kenderaan darat terutama pada waktu puncak.

Menurutnya perkara kos pembinaan pastinya tidak menjadi masalah utama namun ia perlu dibincang dengan baik untuk kebaikan bersama Malaysia dan Brunei.

Ketika ini kerajaan Malaysia dan Brunei bekerjasama dalam menanggung kos operasi feri di sungai tersebut dengan caj minimum RM8 untuk kenderaan persendirian dan maksimum RM150 untuk kenderaan berat termasuk treler.

Sementara itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau akan mengumumkan senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bulan depan termasuk beberapa sekolah di Sarawak.

Katanya sekolah-sekolah yang disenaraikan SBT merupakan sekolah yang telah mencapai pencapaian yang memberansangkan dengan kenaikan prestasi antara 30 dan 40 peratus setaraf dengan piawaian yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan memastikan semua sekolah khasnya di luar bandar terus diperbaiki dalam tempoh dua tahun dari sekarang, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan