KWSP Diminta Giat Jalan Kempen Penamaan Simpanan

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjalankan kempen penamaan simpanan KWSP sepanjang tahun.

"Ia tidak mencukupi dengan hanya menjalankan kempen selama 10 hari seperti yang dilakukan sekarang.

"Sementara kami menghargai inisiatif KWSP dalam menjalankan kempen, tetapi untuk menjadi berkesan, ia tidak boleh mempunyai jangka masa tertentu," kata Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam.

KWSP memulakan kempen tersebut mulai 13 Dis lalu dan akan berakhir pada 26 Dis.

Balasubramaniam turut mengingatkan pencarum supaya menamakan penerima faedah caruman mereka bagi memudahkan urusan apabila pencarum meninggal dunia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan