Komuniti Diplomatik Sokong Strategi Ekonomi Najib

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komuniti diplomatik menyokong strategi ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menanti kejayaan pelaksanaannya.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Vincent Piket, berkata Malaysia sedang menuju pembaharuan ekonomi dan sosial serta pemodenan.

"Perjalanan menuju sasaran strategik untuk menjadi ekonomi maju pada 2020 adalah satu cita-cita tinggi yang mencabar.

"Tahun depan adalah penting. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sepatutnya akan mula menunjukkan hasil awal.

"EU akan membantu negara ini berjaya," katanya kepada Bernama dalam satu temuramah di sini pada Khamis.

Beliau berkata GTP itu, yang kukuh dan strategik, patut disokong.

Piket berkata penghantaran akan memainkan peranan penting dalam kejayaan GTP.

"Bagaimanapun, topik yang lebih sukar dasar upah, meluaskan asas cukai, subsidi, mengurangkan peranan syarikat milik negeri dan masalah rasuah harus ditangani.

"Di mana-mana negara sekalipun, topik ini adalah sukar. Bagaimanapun, untuk menjadi negara maju, Malaysia harus menghadapinya," kata beliau.

Beliau berkata Malaysia, di bawah kepimpinan Najib telah melalui kegawatan ekonomi 2008 dengan baik.

"Negara ini telah melepasi kelembaban ekonomi 2009 dengan cepat. Kerajaan melakukan tugasnya dengan baik, dan begitu juga institusi sektor kewangan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Sekuriti Bursa Malaysia," katanya.

Piket berkata kelemahan negara adalah pelaburan langsung asing (FDI), yang merosot ketara ketika krisis, dan lebih daripada yang dialami oleh negara lain di rantau ini.

"Dalam perkara ini, Eropah boleh membantu. Proses perjanjian dagangan bebas akan meningkatkan profil Malaysia dengan pelabur Eropah dan mencipta keadaan untuk kemasukan pelaburan berkualiti daripada negara-negara Kesatuan Eropah," katanya.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, berkata Najib telah berjaya membentuk agenda dan kepimpinan selaras dengan keperluan negara dan rakyat.

"Saya rasa Najib, yang juga menteri kewangan, menerima sokongan kukuh rakyat Malaysia.

Horie berkata keseriusan Najib untuk meningkatkan persekitaran pelaburan telah menggalakkan pelabur asing, termasuk dari Jepun.

Antara banyak inisiatif Najib, beliau berkata, ETP kelihatan berjaya memberi inspirasi kepada Malaysia dan perniagaan.

Duta Belgium ke Malaysia, Dr Frank van de Craen, berkata semangat Najib untuk perubahan, yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebelum ini, harus dipuji.

"Kami, bagaimanapun, agak bimbang kerana adalah bukan mudah untuk melaksanakan semua program dan rancangan ini.

"Jadi, kami mengambil sikap tunggu dan lihat (para diplomat memang sentiasa mengkritik)," kata beliau.

Van de Craen berkata beliau gembira dengan kemajuan negara ini, dari segi ekonomi, tetapi katanya, kelemahan harus ditangani dengan lebih serius.

Duta Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Gruber, berkata Najib memulakan pentadbirannya dengan kukuh, lengkap dengan satu agenda termasuk liberalisasi.

"Sekarang, dalam beberapa bidang, seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan, kami melihat lebih banyak pendekatan tunggu dan lihat, yang merupakan perkara biasa sebelum pilihanraya.

"Tetapi GTP dan ETP mempunyai elemen menarik dan boleh mengubah Malaysia dalam bentuk positif, apabila dilaksanakan," katanya.

Gruber berkata ETP juga mengandungi elemen yang diperlukan untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi berekonomi tinggi.

"12 Bidang Ekonomi Utama Negara, daripada tenaga kepada Greater KL, nampak sesuai untuk Malaysia.

"Yang nyata, jumlah pelaburan swasta yang diperlukan adalah agak banyak, jadi usaha gigih diperlukan untuk perlaksanaannya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan