Kerajaan Selangor Gentar Populariti 1Malaysia - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAWAS: Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, pada Khamis. Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

"Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.

Muhyiddin berkata gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutar-belitkan fakta tentang 1Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan langsung dengan 'One Israel' seperti didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dengan gagasan 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum.

Salinan kedua-dua dokumen itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di lobi Parlimen, pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan