Kekuatan ATM Di Lubnan Ditambah

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memberi persetujuan kepada Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil)bagi meningkatkan kekuatan pasukan Malaysia di Lubnan.

Beliau berkata ia melibatkan penambahan seramai 210 orang anggota termasuk 110 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 650 anggota.

"Penambahan ini dibuat berdasarkan kepada permohonan oleh kerajaan Lubnan yang masih memerlukan sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di Lubnan berterusan," katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang dan pemakaian beret PBB kepada Batalion Malaysia 3 (Malbatt 3), di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud yang mewakili beliau di majlis tersebut.

Azizan berkata dari segi penempatan dan kawasan misi, beliau difahamkan bahawa Unifil sedang melaksanakan atur gerak pasukan di kawasan misi, khususnya di sektor barat yang akan melibatkan Malbatt.

Katanya di dalam atur gerak tersebut, kawasan tanggungjawab akan diperluaskan lagi.

"Saya juga telah dimaklumkan bahawa Malbatt dan Malaysian Contingent East (Malcon East) telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sejak tahun 2007 di mana kehadiran pasukan dan kontinjen tersebut begitu disenangi oleh kerajaan, pemimpin serta penduduk di kawasan tanggungjawab.

"Dalam membantu menstabilkan keadaan di sana, kahadiran Malbatt dan juga Malcon East telah membolehkan penduduk tempatan melaksanakan rutin harian dengan keadaan tenang dan aman.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ada warga tempatan yang dahulunya melarikan diri semasa peperangan pada tahun 2006, tetapi kini telah kembali ke penempatan masing-masing.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pasukan Malbatt 3 agar dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan amanah dan penuh tanggungjawab," katanya.

Azizan yakin latihan integrasi secara intensif yang telah diikuti selama tiga bulan lepas adalah persediaan yang cukup bagi Malbatt 3 menghadapi cabaran semasa menjalankan misi mereka nanti.

Untuk misi Unifil kali ini, Malbatt 3 yang diketuai Kolonel Mhd Nazri Abd Rahman sebagai Komander akan diaturgerakkan melalui tiga kumpulan di mana kumpulan pertama akan berlepas ke Lubnan pada 20 Jan 2011, kumpulan kedua pada 27 Jan 2011 dan kumpulan ketiga pada Mac 2011.

Malbatt 3 akan ditempatkan di tiga lokasi iaitu Harris, Tibnin dan Brasit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan