Jawatankuasa Iktiraf Mahasiswa Sebagai Rakan Kongsi

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa membabitkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perwakilan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan ditubuhkan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi.

Mengumumkan demikian, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengiktiraf mahasiswa sebagai "rakan kongsi" kerajaan ke arah melakukan transformasi menjadi negara maju.

Katanya, jawatankuasa itu yang akan dikelolakan oleh MQA akan bertindak sebagai satu platform kepada semua pewakilan pelajar IPT untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta membincangkan isu dan mengenal pasti usaha ke arah meningkatkan kualiti institusi akademik negara.

"Jawatankuasa ini merupakan satu penghargaan kepada mahasiswa untuk mengiktiraf kedudukan mereka sebagai rakan kongsi termasuk dalam proses membuat keputusan... Ada tiga prinsipal yang penting iaitu, suara mereka, peranan serta isu-isu yang harus ditangani.

"Kualiti graduan amat penting dan ia bukannya ditentukan oleh universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja, tetapi semua stakeholders kena terlibat kerana kita akan sampai satu tahap...jangan terkejut sekiranya ranking universiti akan melibatkan pandangan mahasiswa," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog MQA bersama wakil mahasiswa di sini, Khamis.

Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein.

Sesi dialog itu merupakan kali ketiga dianjurkan MQA bermula tahun ini, dan telah menarik penyertaan seramai 120 perwakilan mahasiswa dari 70 buah IPT di Lembah Klang, bertujuan memberi peluang kepada mereka menyuarakan pelbagai pertanyaan membabitkan isu-isu berkaitan akademik.

Selain penubuhan jawatankuasa peringkat kebangsaan itu, Saifuddin berkata, KPT juga turut mencadangkan untuk mewujudkan jawatankuasa perundingan di universiti membabitkan dua peringkat iaitu IPT dan fakulti.

"Misalnya, di peringkat IPT boleh tubuhkan Jawatankuasa Perundingan Senat-Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), manakala peringkat fakulti pula boleh diwujudkan Jawatankuasa Perundingan Fakulti di mana wakil dekan boleh bertemu dengan wakil persatuan fakulti untuk menyelesaikan isu," katanya.

Sementara itu, Syed Ahmad menafikan dakwaan mahasiswa IPT swasta bahawa kelulusan yang mereka perolehi tidak diiktiraf untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mempertimbangkan permohonan seseorang itu berdasarkan kepada dua perkara; satu, kursus-kursusnya mestilah telah diakreditasi oleh MQA... kedua, berdasarkan pada kelayakannya sama ada relevan atau tidak dengan jawatan JPA tawarkan.

Diminta mengulas mengenai Kolej Antarabangsa Fazley, katanya: "Fazley adalah Ketua Pegawai Eksekutif kolej itu... dia tidak terlibat dalam hal mengajar...Jadi kita tiada syarat perlu ada PhD...Kolejnya boleh operasi seperti biasa dan banyak programnya telah dapat akreditasi".

Menurut satu artikel laman web Perbadanan Penyiaran British (BBC) bertarikh 9 November, Fazley telah meletakkan jawatan sebagai pengarah bagi menjaga nama baik kolej itu yang digantung hubungannya dengan Wales University buat sementara waktu.

Penggantungan tersebut berikutan universiti itu mendakwa Fazley memiliki PhD palsu dari European Business School, sebuah cawangan Universiti Antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan