Gempa Bumi Kuat Melanda Jepun

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda kepulauan Bonin, Jepun pada pukul 5.49 pagi Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa terletak di latitud 26.8 dan longitud 143.7 timur iaitu 1,064 km dari tenggara Tokyo dan 3,564 km dari timur laut Sandakan, Sabah.

Ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan