Dua Rakyat Malaysia Diculik Di Selatan Filipina Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 23 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua orang rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan tidak dikenali di Selatan Filipina pada Februari lepas dibebaskan Rabu, menurut Kementerian Luar Negeri.

Lai Wing Chou, 33; dan Tsen Vui Chung, 41, diculik semasa bekerja di ladang rumpai laut di Semporna, Sabah pada 7 Februari lepas.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu telah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad di Manila selepas tiba dari Selatan Filipina dengan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Polis Kebangsaan Filipina dan Polis Diraja Malaysia.

"Kementerian Luar Negeri menyampaikan ucapan penghargaan di atas kerjasama dari Kerajaan Republik Filipina dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pembebasan Lai Wing Chou dan Tsen Vui Chung," menurut kenyataan itu lagi.

Lai dan Tsen dijangka pulang ke Sabah Jumaat ini.

Wisma Putra berkata ia berharap kedua-dua mereka dan keluarga masing-masing dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas menempuh pengalaman pahit itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan