Penstrukturan Semula KBS Tepat Pada Masanya

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Langkah kerajaan mengkaji semula struktur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) daripada segi sumber tenaga dilihat tepat pada masanya memandangkan struktur sedia ada telah lama digunakan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata penstrukturan semula itu membolehkan KBS memainkan peranan lebih efektif pembangunan golongan belia di negara ini.

"Penstrukturan semula ini termasuklah sama ada kita mahu mengekalkan jabatan kita di peringkat daerah atau memperluaskannya di peringkat Parlimen.

"Daripada segi penjawatan pegawai KBS juga perlu dilihat kembali kerana jika kita ambil pegawai yang tidak setaraf dengan jawatan pegawai kementerian lain di peringkat daerah... sudah tentu ia akan menimbulkan masalah dalam usaha KBS menyelaras semua kegiatan dan perkembangan yang berkaitan dengan belia ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Gerak Gempur Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA) di Dewan Sivik Kijal, di sini, Rabu.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula struktur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) daripada segi sumber tenaga sebagai langkah memperkasakan golongan belia di negara ini.

Penstrukturan itu bertujuan menjenamakan semula KBS sejajar dengan peranannya sebagai peneraju utama aktiviti belia dan mengkordinasikan agensi kerajaan dalam bidang pembangunan belia.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata soal perjawatan perlu diberi perhatian dalam penstrukturan itu memandangkan KBS sendiri perlu bergandingan dengan kementerian lain termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia.

"Konsep belia berpersatuan perlu dilihat kembali dalam konteks keadaan semasa kerana ketika ini tidak semestinya hanya belia berpersatuan sahaja yang relevan dalam pembangunan belia," katanya.

Mengulas cadangan Makmal Pembangunan Belia yang mahu menubuhkan Dewan Belia Malaysia yang berperanan sebagai ‘parlimen', Ahmad Shabery berkata perkara itu tidak perlu jika hanya sekadar menjadi medium untuk menyampaikan pandangan.

Hal berkenaan akan dibentangkan oleh wakil makmal dalam mesyuarat Majlis Perundingan Belia Malaysia dan beliau berharap maklum balas mengenai perkara itu dapat diperoleh secepat mungkin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan