Pastikan Pemandu Kenderaan Berat Ada Kelulusan Diploma

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.

Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka.

"Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.

"Sekarang ini, ada di antara pemandu yang tidak ada lesen ataupun pernah mengambil dadah di mana ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penumpang," katanya.

Idris percaya dengan pendedahan seperti ini pemandu akan mendalami tentang ciri-ciri teknikal seperti brek dan yang pentingnya tentang kebolehan kenderaan seperti bas dua tingkat untuk naik dan turun bukit dengan selesa.

Rang undang-undang, yang antara lain bertujuan memantapkan penguatkuasaan antara agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kemudiannya diluluskan dengan undi belah bahagian di mana seramai 20 orang bersetuju dan lapan orang tidak bersetuju. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan