Najib Saran Maybank Terajui Jalan Perkukuh Masa Depan Negara

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Maybank dan institusi-institusi besar lain dalam sektor perkhidmatan kewangan menerajui jalan untuk memperkukuh masa depan negara dan membantu fasa seterusnya pembangunan Malaysia.

"Saya yakin Maybank akan dapat membuktikan dirinya sekali lagi dan mampu mengharungi kesukaran seperti yang dilaluinya sebelum ini, terutamanya memandangkan kepada saiz, kepakaran dan keupayaan pembiayaannya sekarang.

"Malahan, saya berbangga melihat Maybank sekarang berada di kalangan institusi kewangan utama di rantau Asean, dengan jumlah aset melebihi RM344 bilion dan keuntungan selepas cukai lebih RM3.7 bilion," kata beliau pada Majlis Jamuan Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-50 bank itu, di sini, malam Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah Program Transformasi Ekonomi kerajaan, sektor kewangan dikenal pasti sebagai pemacu utama untuk menyokong matlamat pertumbuhan Malaysia dan mencapai aspirasinya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Matlamat ini akan memerlukan anggaran pelaburan RM1.4 trilion bagi tempoh sepuluh tahun. Kami mengharapkan bank-bank membantu membiayai projek-projek yang akan memacu ekonomi kita kehadapan, agar kita boleh mencapai aspirasi ini," kata beliau.

Beliau berkata bank-bank juga akan mendapat faedah daripada pembangunan ini kerana aktiviti ekonomi domestik yang berkembang akan mewujudkan potensi peluang pembiayaan sebanyak RM1.29 trilion.

"Dengan lebih 90 peratus pembiayaan dijangka datang daripada sektor swasta, tidak diragui bank-bank akan menjadi antara penerima kemajuan ekonomi negara," kata beliau.

Beliau berkata bank-bank juga akan mendapat peluang daripada skop diperbesar 10 Projek Permulaan bagi perkhidmatan kewangan dan ini adalah dalam pasaran ekuiti dan bon, pembayaran, insurans, pencen swasta, pengurusan harta dan aset serta perbankan Islam.

Mengenai Maybank, Najib berkata ramai yang akan mengingati bank itu diperkenalkan sebagai "bank untuk semua orang" pada awal-awal tahun penubuhannya kerana terdapat sebuah Maybank di setiap bandar yang menawarkan keselesaan perbankan kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata Maybank juga menjelmakan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan sejak permulaan lagi.

"Hari ini, anda boleh melihat bagaimana bank itu berkembang selaras dengan idea ini dengan kumpulan kakitangannya yang pelbagai yang menawarkan perkhidmatan kepada setiap segmen masyarakat di seluruh negara dan di luar Malaysia," kata beliau.

Najib berkata, beliau yakin kepakaran dan pengalaman Maybank yang ditimba dalam tempoh setengah kurun lepas, akan menyokong pertumbuhan masa depannya dalam sektor perkhidmatan kewangan serantau.

"Saya mengingati pertemuan pertama saya dengan Maybank pada 1986, apabila saya memperoleh kad kredit. Sejak itu saya telah menjadi pelanggan setia 'harimau' ini," kata beliau yang merujuk kepada logo harimau Maybank itu.

Beliau juga memuji penubuhan Yayasan Maybank dengan derma awal sebanyak RM50 juta yang bertujuan untuk membantu masyarakat tidak berkemampuan dan menyokong kerja-kerja amal dalam seluruh rangkaian bank itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan