Kerajaan Utamakan Projek Keperluan Rakyat Di Luar Bandar - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIMBANG: Tahun 2011 merupakan tahun yang penting dalam memastikan semua projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencapai sasaran yang dirancang, terutamanya yang melibatkan keperluan rakyat di luar bandar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keutamaan adalah projek kemudahan asas seperti sekolah dan sistem pengangkutan.

"Tahun 2011 menjadi tahun penting dalam pelaksanaan NKRA dan kita akan pastikan kemudahan asas yang tertunda di luar bandar diselesaikan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Pusat Kebudayaan Masyarakat Bisaya yang dihadiri kira-kira 2,000 kaum Bisaya di sini, Rabu.

Beliau berkata kerajaan tidak akan mengabai mana-mana projek yang telah disenaraikan dalam NKRA sama ada di Sarawak, Sabah mahupun di Semenanjung.

Menurutnya apa yang menjadi impian kerajaan adalah untuk memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan khasnya di luar bandar.

Muhyiddin berkata komitmen untuk membantu rakyat bukan sahaja tugas hari ini yang perlu diselesaikan hari ini, namun ia merupakan komitmen sepanjang masa selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini.

Mengenai pembangunan pendidikan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan telahpun membuat satu audit untuk mengenal pasti kawasan mana yang perlu diutamakan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun memberi arahan agar sekolah yang perlukan bantuan segera diberi keutaman khasnya sekolah yang berdepan dengan masalah banjir dan daif.

Sementara itu, katanya untuk kawasan Limbang sebanyak RM300 juta telahpun diluluskan kerajaan pusat untuk bajet pusingan pertama.

Untuk masyarakat Bisaya, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM750,000 kepada RM750,000 yang telah diberikan di bawah pakej rangsangan ekonomi dan kerajaan negeri sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan