Kerajaan Peruntuk RM89 Juta Untuk Baiki Sistem Pengairan Mada

Diterbitkan: Rabu, 22 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM89 juta kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan tanah di kawasan Mada untuk tahun 2011.

Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan awal melalui program Bidang Ekonomi Utama negara (NKEA) itu membolehkan penyelenggaraan awal dibuat bagi menjayakan pelaksanaan konsep estet padi pada September tahun depan.

Beliau berkata, Mada akan meninjau dan menambah baik kemudahan infrastruktur untuk meningkatkan kepadatan hasil pertanian di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan estet padi.

"Secara keseluruhannya hasil purata bersih padi pada tahun itu mencapai lapan tan sehektar berbanding enam tan sehektar sebelumnya," katanya pada satu persidangan media di pejabat Mada Ampang Jajar di sini malam Selasa.

Menurutnya, bagi tujuan pembangunan estet padi, satu perbincangan akan antara pemimpin peladang akan diadakan nanti bagi mencari satu mekanisma dan modul yang terbaik untuk peladang menyertai program tersebut.

"Kami menyasar pada September tahun depan 5,000 hektar tanah akan diperolehi untuk dijadikan estet padi seperti yang diharapkan kerajaan. Estet padi ini akan diurus oleh sebuah syarikat yang dikorporatkan oleh Mada untuk mengurus ladang berkenaan dan pada masa yang sama badan itu juga akan mancari pilihan terbaik bagi mamastikan entiti peladang tidak diabaikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan