TPM Mahu Majikan Tingkatkan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majikan digesa mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua sektor bagi mengelak negara kehilangan modal insan berkemahiran tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu perlu bagi memastikan strategi, inisiatif dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan termasuk usaha mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan di kalangan tenaga mahir negara menjelang 2020 tidak terjejas.

Katanya ia juga bagi mengelak Malaysia menanggung kos yang tinggi bagi menggunakan sumber terhad bagi memastikan segala unjuran dapat dicapai.

Beliau berkata adalah rugi jika negara kehilangan sebahagian besar modal insan yang dilaburkan itu akibat daripada kemalangan di tempat kerja atau penyakit yang dihidapi disebabkan oleh pekerjaan.

"Jika ini berlaku, maka perbelanjaan yang dikeluarkan dan segala bentuk usaha melahirkan tenaga kerja mahir akan menjadi sia-sia. Keadaan ini akan memaksa kita mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk melatih pekerja baru bagi memperoleh kemahiran yang sama dalam masa yang singkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Selasa.

Muhyiddin berkata berdasarkan kepada laporan "Malaysian Quality of Life", terdapat peningkatan sebanyak 33 mata dalam kualiti hidup bekerja rakyat Malaysia dalam tempoh antara 1990 dan 2007.

Katanya pengiraan itu merangkumi elemen-elemen seperti tahap penyediaan tempat kerja yang selamat, jumlah kemalangan yang berlaku dan keharmonian pekerjaan di tempat kerja di Malaysia.

"Peningkatan ini adalah cerminan bahawa Malaysia sentiasa peka kepada kesejahteraan pekerja dengan memberi penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif lagi selamat kepada semua tenaga kerja.

"Ini tergambar melalui penurunan kadar rekod dari 7.75 kes pada 2004 kepada 5.59 kes kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja pada 2009," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan majikan supaya tidak berpuas hati berikutan penurunan trend kemalangan di tempat kerja sebaliknya perlu melaksanakan banyak lagi usaha khususnya di peringkat industri kecil dan sederhana (IKS).

"IKS adalah unit penting dalam ekonomi Malaysia. Apatah lagi, ia adalah sektor pendapatan yang melibatkan ramai usahawan bumiputera. Kerajaan amat prihatin tentang masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi oleh majikan dan pekerja di sektor IKS.

"Sejajar itu, saya memohon agar pihak Kementerian Sumber Manusia menyusun strategi khas bagi membimbing dan membantu IKS untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan