Sime Darby Akan Fail Tindakan Sivil Terhadap Individu Sebelum Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dijangka menfailkan tindakan sivil sebelum akhir tahun ini terhadap individu dengan kesalahan prima facie dalam empat projek yang mengalami kerugian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Isnin, Sime Darby berkata syarikat akan mendedahkan tuntutan berkenaan untuk dibaca oleh pihak yang berminat memandangkan minat yang meluas terhadap isu itu dan konsisten dengan objektifnya untuk telus.

Keempat-empat projek itu ialah projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan Qatar Petroleum, projek Maersk Oil Qatar, projek empangan hidroelektrik Bakun dan projek pembinaan kapal yang dikenali sebagai Marine Project.

Sime Darby telah dan akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan isu berkenaan.

Sehingga kini, Sime Darby telah secara sukarela menyediakan semua laporan berhubung penemuan kepada pihak berkuasa daripada siasatan yang dijalankan oleh pakar perundangan dan kewangan yang dilantik oleh lembaga, katanya.

Dalam hal ini, Sime Darby mengimbangi dasar ketelusan sendiri dan akauntibiliti terhadap kepentingan pemegang saham dan peraturan berhubung pendedahan sedemikian apabila isu berkenaan dikemukakan kepada pihak berkuasa sebagaimana terdapat dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan