Produk Berkelas Dunia Dorong Budaya "Beli Barangan Malaysia"

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia harus mengeluarkan barangan berkelas dunia untuk membangunkan budaya "Beli Barangan Malaysia" di kalangan rakyat tempatan, kata Datuk Dr Kamal Jit Singh, ketua pegawai eksekutif Unit Inovasi Khas (UNIK), satu agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Untuk mencapai budaya ini, satu budaya menghasilkan produk bertaraf dunia juga harus dijayakan.

Budaya inovasi akan menjadikan industri Malaysia berdayasaing secara global dan memanafaatkan sektor swasta dan awam, katanya pada wawancara yang disertai Naib Presiden Kanan unit itu, Lionel Jackson.

Ia juga akan mengubah cara pemikiran orang ramai yang menganggap produk tempatan berkualiti lebih rendah daripada produk asing atau barangan eksport adalah lebih baik daripada produk yang dikeluarkan untuk pasaran tempatan.

Pembeli harus dibuat untuk merasa bahawa mereka membeli barangan Malaysia kerana mereka mahu berbuat demikian dan bukannya kerana mereka perlu berbuat demikian, kata Kamal.

Kamal juga berkata bahawa satu Dasar Inovasi Kebangsaan akan diperkenalkan pada 2011 selepas Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010, yang dijangka diluluskan oleh parlimen tahun depan.

Dasar itu bertujuan meningkatkan keberdayasaingan dan menimbulkan budaya inovasi di negara ini.

Beliau juga berkata satu agensi inovasi, Agensi Inovasi Malaysia akan ditubuhkan selepas Akta itu diluluskan.

"Agensi itu akan bertindak sebagai platform khas untuk menjalankan dan melaksanakan Sistem Inovasi Kebangsaan dan akan bertanggungjawap kepada Majlis Tadbir Urus yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan