Pemuda BN Mula Buat Persiapan Pilihan Raya DUN Tenang

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jentera pilihan raya Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata lebih 1,000 anggota pemuda BN akan berkempen bagi memastikan calonnya menang pada pilihan raya kecil itu.

"Pemuda BN akan menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jelajah One Malaysia (JOM) anjuran Pemuda BN oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Kampung Godek, Semabok Dalam di sini, Selasa.

Kerusi Tenang kosong berikutan kematiannya penyandangnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda berharap bakal calon BN itu adalah seorang yang berwibawa, mesra kepada golongan muda dan dikenali sebagai pemimpin masyarakat.

Beliau berkata program JOM itu juga akan dibawa ke DUN Tenang tetapi ia lebih kepada program kemasyarakatan.

Program JOM itu yang dimulakan di Terengganu, Jumaat lepas akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan antara aktivitinya membaik pulih rumah penduduk miskin dan menghulurkan bantuan lain kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta semua pihak memberikan perhatian serius terhadap kemalangan ngeri yang melibatkan bas sehingga meragut ramai nyawa agar tidak berulang lagi.

Beliau berkata kementerian berkaitan perlu membuat siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai aspek yang mungkin menjadi punca kemalangan supaya tindakan yang lebih berkesan dapat diambil bagi mengelakkan nahas itu berulang.

"Saya rasa tragedi yang melibatkan rakyat Malaysia sudah cukup teruk dan apabila ia melibatkan pelancong asing, ia akan memberi impak negatif kepada industri pelancongan negara kita," katanya yang diminta mengulas mengenai kemalangan bas yang meragut 27 nyawa termasuk 25 pelancong Thailand di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan