Pemandu Bas Yang Maut Sempat Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

Diterbitkan: Selasa, 21 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Omar Shahidan, 48, pemandu bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Isnin, sempat melancong ke Haadyai, Thailand bersama isteri dan tiga anaknya baru-baru ini.

Selepas pulang dari Thailand, Allahyarham meneruskan tugasnya membawa sekumpulan pelancong negara gajah putih itu ke Cameron Highlands, namun keluarganya dikejutkan pula dengan nahas ngeri membabitkan bas persiaran yang dipandu beliau.

Sepupu Allahyarham, Julie Mahmud, 33, berkata selepas gagal menghubungi dua telefon bimbit Omar, beliau menelefon syarikat bas itu di Jitra, Kedah pada kira-kira 3.30 petang yang mengesahkan berlaku kemalangan membabitkan bas miliknya.

Omar, 48, kemudian disahkan terbunuh bersama 26 yang lain termasuk seorang pemandu pelancong berketurunan Siam dalam kejadian 11.40 pagi itu.

Julie berkata, Omar yang baru tiga bulan memandu bas persiaran dua tingkat itu dijadualkan pulang ke rumahnya di Behor Empiang dekat sini, esok.

Beliau berkata anggota keluarga terdekat Allahyarham bergegas ke Ipoh sebaik mendapat pengesahan bahawa Omar terbunuh dalam tragedi tersebut kerana sebelum itu, mereka masih samar-samar berhubung nahas berkenaan, sehinggalah menonton berita mengenainya di televisyen pada 1 tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama di rumah Allahyarham mendapati persiapan telah dibuat untuk menyambut jenazahnya yang dijangka tiba awal pagi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan